Skip to main content

Dunia

Kemenangan Trump dalam pilihan raya 2024 mungkin ancam perjuangan tangani perubahan iklim: PM Kanada

Anggaran Waktu Membaca:
Kemenangan Trump dalam pilihan raya 2024 mungkin ancam perjuangan tangani perubahan iklim: PM Kanada

(Gambar fail: Nicholas Kamm / AFP)

OTTAWA: Jika calon parti Republican, Donald Trump memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada 2024, ia mungkin menjejas usaha global untuk memerangi perubahan iklim, kata Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dalam satu wawancara yang disiarkan pada hari Jumaat (22 Dis).

Encik Trump, yang menafikan sains perubahan iklim, berkata minggu lalu bahawa jika dipilih dia akan mengingkari janji AS$3 bilion Amerika (S$ 3.97 bilion) kepada dana global yang bertujuan membantu negara membangun mengurangkan pelepasan. Encik Trump menjadikan serangan terhadap pelaburan pentadbiran Presiden Amerika Biden dalam tenaga boleh diperbaharui sebagai sebahagian teras mesej kempennya.

"Ya, terdapat kebimbangan terutamanya mengenai alam sekitar di mana adalah penting bagi langkah ke hadapan untuk melindungi dan membina ekonomi masa depan," kata PM Trudeau kepada Canadian Broadcasting Corp.

"Perlantikan Trump sebagai Presiden yang menentang perjuangan dalam perubahan iklim akan memperlahankan kemajuan dunia dalam cara yang membimbangkan saya," katanya sambil menyifatkan pendekatan Trump terhadap iklim semasa menjadi presiden sebagai "ancaman bukan sahaja kepada Kanada tetapi untuk dunia".

Akta Pengurangan Inflasi Presiden Biden, yang menggariskan pelaburan besar-besaran untuk mempercepatkan peralihan hijau, mendorong Kanada membelanjakan berbilion-bilion untuk menarik pembuat kereta utama yang mencari tapak untuk mengeluarkan kenderaan elektrik dan komponen bateri.

PM Trudeau mempunyai hubungan yang sukar dengan Encik Trump, yang pernah menggelarnya "tidak jujur dan lemah", dan dia adalah salah seorang pemimpin dunia pertama yang mengucapkan tahniah kepada Presiden Biden atas kemenangannya dalam pilihan raya 2020.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita