Kemenangan Democrat cerminkan rasa kecewa rakyat Amerika terhadap Trump dan Republican
(Gambar: AP)
- The Democrat “Blue Tsunami” signalled American voters’ dissatisfaction with President Donald Trump’s policies and performance, as well as those of the Republican Party.
- Rising living costs and the war with Iran, which drove up oil prices, were among the main reasons for public anger.
- Trump acknowledged that the Iran conflict contributed to the Republicans’ defeat, but claimed the party might have won by a landslide if his name had been on the ballot paper.
- He accepted the result and congratulated the Democrats after an 11-year effort, but described the first two years of his administration as its best achievement in the economy and other areas.
- “Tsunami Biru” Parti Democrat menandakan rasa tidak puas hati pengundi Amerika terhadap dasar dan prestasi Presiden Donald Trump serta Parti Republican.
- Kenaikan kos sara hidup dan perang dengan Iran, yang melonjakkan harga minyak, menjadi antara punca utama kemarahan rakyat.
- Trump mengakui konflik Iran menyumbang kepada kekalahan Republican, tetapi mendakwa parti itu mungkin menang besar sekiranya namanya tercatat pada kertas undi.
- Beliau menerima keputusan tersebut, mengucapkan tahniah kepada Democrat selepas usaha 11 tahun, namun menyifatkan prestasi dua tahun awal pentadbirannya sebagai pencapaian terbaik dari segi ekonomi dan usaha lain.
WASHINGTON: 'Tsunami Biru' Parti Democrat mencerminkan rasa tidak puas hati rakyat Amerika terhadap dasar dan prestasi Presiden Donald Trump dan Parti Republican.
Punca utama rasa marah rakyat Amerika Syarikat adalah kenaikan kos sara hidup dan perang dengan Iran yang ternyata mengakibatkan para pengundi merungut tentang harga minyak yang menjulang tinggi.
Malah, Encik Trump sendiri akur, perang Iran menyumbang kepada kekalahan Parti Republican.
Beliau juga mendakwa Parti Republican mungkin akan menang besar jika namanya turut tertera di kertas undi.
Namun pada akhirnya, Encik Trump bersedia menerima keputusan kali ini.
"Tahniah kepada Democrat, mereka melakukan tugas dengan baik. Mereka sudah 11 tahun berusaha untuk mencapai kemenangan ini, dan akhirnya berjaya.
"Namun saya tidak menganggap ini sebagai tamparan kepada saya. Saya rasa kami telah mencatatkan pencapaian terbaik sepanjang dua tahun pertama pentadbiran seseorang presiden, baik dari segi ekonomi mahupun segala usaha yang telah kami laksanakan," menurut Presiden Trump.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.