Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kemelut Ukraine: Perang dunia boleh berlaku jika AS-Rusia bertempur

Anggaran Waktu Membaca:

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengeluarkan amaran jika Amerika dan Rusia bertempur berhubung Ukraine, ia akan mencetuskan perang dunia. 

Maka itu, Encik Biden memberi amaran kepada rakyat Amerika agar segera meninggalkan Ukraine di tengah-tengah kebimbangan tentang pencerobohan Rusia. 

Presiden Amerika itu berkata "segalanya boleh menjadi huru-hara dengan cepat" kerana tentera Rusia adalah antara yang "terbesar di dunia". 

Bercakap kepada media tempatan, Presiden Biden juga berkata Amerika tidak akan menghantar tentera ke Ukraine untuk menyelamatkan rakyatnya, dalam apa jua keadaan. 

Timbalan Setiausaha Negara Amerika Wendy Sherman sebelum ini memberi amaran tentang berlakunya pertumpahan darah, jika Presiden Rusia Vladimir Putin gagal mematuhi amaran. 

Presiden Putin juga menghadapi "pilihan jelas" - meneruskan perang dan sambut "beg mayat" di Moscow, selain penderitaan rakyat Rusia kerana ekonomi mereka akan punah sepenuhnya.

Sekutu utama Amerika, Britain juga memberi amaran, "saat paling bahaya" dalam perselisihan dengan Rusia sudah dekat, sedang Moscow memulakan latihan tentera di Belarus dan Laut Hitam. 

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyifatkan masa depan yang suram dan berkata tempoh beberapa hari ini adalah genting. 

Kira-kira 30,000 askar Rusia terlibat dalam latihan di Belarus, berhampiran sempadan Ukraine.

Latihan itu dilihat sebagai petanda pencerobohan Moscow di Ukraine. 

Tentera Ukraine bertindak dengan mengadakan latihan sendiri di wilayah timur Donbas di mana Moscow sudah mengumpulkan seramai kira-kira 100,000 askar. 

Moscow  mendesak jaminan negara-negara barat termasuk untuk tidak menyertakan Ukraine ke dalam NATO. 

Namun Washington dan NATO, menyatakan tidak akan tunduk kepada tuntutan Rusia itu. 

Sumber : Agensi berita/NU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan