Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kemboja usir warga Nigeria selepas pulih cacar monyet

Osmond Chihazirim Nzerem akan dihantar pulang ke negara asal Nigeriadan dilarang masuk ke negara itu selama tiga tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Kemboja usir warga Nigeria selepas pulih cacar monyet

Sampel darah yang diuji positif bagi virus cacar monyet. (Gambar: iStock/turk_stock_photographer)

PHNOM PENH: Kemboja akan menghantar pulang pesakit cacar monyet yang sudah pulih, Osmond Chihazirim Nzerem ke negara asal Nigeria serta melarangnya memasuki semula negara itu selama tiga tahun, kata seorang pegawai jabatan imigresen pada Ahad (7 Ogos).

Lelaki Nigeria berusia 27 tahun itu, sebelum ini melarikan diri dari negara jiran Thailand meskipun mengetahui hasil keputusan ujian cacar monyetnya positif, dan ditahan pihak berkuasa Kemboja di ibu negara Phnom Penh pada 23 Julai.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Persahabatan Khmer-Soviet untuk menerima rawatan lanjut.

Lelaki itu sudah pulih daripada wabak berkenaan dan dibenarkan keluar dari hospital pada Sabtu (6 Ogos).

"Jabatan Am Imigresen telah memutuskan untuk menghantar pulang lelaki Nigeria itu dan melarangnya memasuki semula Kemboja selama tiga tahun," kata timbalan ketua pengarah dan jurucakap Jabatan Imigresen, Keo Vanthan kepada Xinhua.

Lelaki Nigeria itu merupakan kes cacar monyet yang pertama dan satu-satunya kes import di negara Asia Tenggara itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 23 Julai mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam dan kebimbangan antarabangsa (PHEIC).

<<BACA: Pesakit cacar monyet pertama Thailand ditemui di Kemboja>>
 
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan