Kemboja, Thailand setuju hadiri mesyuarat Menteri Luar ASEAN di KL
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Kemboja dan Thailand bagi bertukar-tukar pandangan serta membincangkan hala tuju terbaik ke arah meredakan ketegangan yang timbul antara kedua-dua negara itu.
Beliau menegaskan betapa pentingnya untuk Kemboja dan Thailand berpegang kepada semangat dialog, kebijaksanaan dan saling menghormati demi menamatkan ketegangan serta memelihara keamanan dan kestabilan rantau ini.
"Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang akan berlangsung esok merupakan wadah sesuai dan konstruktif untuk membolehkan kedua-dua negara berunding secara terbuka, selesaikan perbezaan secara aman, serta mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad (21 Dis).
Encik Anwar sebelum ini berkata, Kemboja dan Thailand bersetuju untuk menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 22 Disember ini.
Beliau berkata, inisiatif yang diusahakan Malaysia dan ASEAN itu bertujuan untuk mengendurkan ketegangan serta mengelakkan sebarang peningkatan konflik di sepanjang sempadan Thailand dan Kemboja.
Dalam perkembangan yang sama, pihak berkuasa Thailand melaporkan 21 tentera dan seorang orang awam terkorban, manakala Kementerian Dalam Negeri Kemboja mengesahkan 18 kematian dalam kalangan penduduk awam serta 78 lagi mengalami kecederaan.
Pertempuran terus meletus meskipun terdapat percubaan damai sebelum ini, termasuk perjanjian yang ditandatangani di Kuala Lumpur pada Oktober lalu dengan kehadiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim, namun ia ditangguhkan menyusuli insiden letupan periuk api.
Konflik sempadan antara kedua-dua negara jiran itu merupakan isu lama yang sering mencetuskan keganasan, termasuk pertempuran berdarah pada Julai lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 48 nyawa.
Ketegangan antara kedua-dua negara jiran itu kembali menjadi tumpuan selepas beberapa insiden bersenjata di sempadan yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda sebelum ini, sekali gus memaksa campur tangan badan serantau.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.