Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kemboja masih cari 10 warga China yang hilang dari bot karam

Anggaran Waktu Membaca:
Kemboja masih cari 10 warga China yang hilang dari bot karam

(Gambar Hiasan: iStock/Yulia-B)

PHNOM PENH: Pasukan penyelamat Kemboja masih mencari sekurang-kurangnya 10 warga China yang masih hilang selepas bot dengan lebih 40 orang karam berhampiran bandar pesisir pantai Sihanoukville, menurut kerajaan wilayah.

Sekurang-kurangnya satu mayat ditemui dan terdapat laporan bahawa pihak berkuasa Vietnam menyelamatkan sembilan orang, menurut laman Facebook Pentadbir Wilayah Preah Sihanouk.

Akhbar Vietnam, Mot The Gioi melaporkan, sembilan individu diselamatkan pada Jumaat petang (23 Sep) di luar pulau Phu Quoc, menurut pihak berkuasa.

Duta Besar China, Wang Wentian dan Gabenor wilayah Preah Sihanouk, Kuoch Chamroeun pada Sabtu (24 Sep) melawat sebahagian daripada 21 mangsa terselamat yang ditemui penyelamat Kemboja, menurut kerajaan wilayah.

Pihak berkuasa menyatakan bot itu karam pada awal Khamis (22 Sep) di luar bandar Sihanoukville yang popular dalam kalangan pelancong dan perjudian.

Namun, masih belum jelas punca kejadian bot itu karam. Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan dengan menebual mangsa terselamat yang dibawa ke pulau berdekatan.

Sehingga kini, pihak kerajaan tidak memberikan sebarang butiran mengenai semua identiti warga China yang terbabit dalam kejadian itu. Malah tiada butiran lanjut sama ada rakyat Kemboja adalah antara yang diselamatkan atau hilang.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan