Kemboja catat Rekod Dunia Guiness bagi selendang tenunan terpanjang
Disokong oleh gerakan belia yang ada kaitan dengan parti kerajaan negara itu, lebih 23,000 orang mengambil bahagian dalam maraton tenunan selama enam bulan di luar Istana Diraja Phnom Penh.
(Gambar: AFP/ Tang Chhin Sothy)
BANGKOK: Kemboja berjaya mencatat Rekod Dunia Guiness pada hari Ahad (1 Julai) bagi selendang krama popular Kemboja sepanjang 1,100 meter di negara itu.
Disokong oleh gerakan belia yang ada kaitan dengan parti kerajaan negara itu, lebih 23,000 orang mengambil bahagian dalam maraton tenunan selama enam bulan di luar Istana Diraja Phnom Penh.
Ribuan golongan muda kemudian membuka krama di sepanjang jalan di ibu kota itu pada Ahad (1 Julai) untuk diukur oleh seorang pegawai Guiness.
"Dengan krama sepanjang 1,149.8 meter, anda berjaya mencatat Rekod Dunia Guiness baru!" kata Swapnil Dangarikar, seorang pegawai Guiness.
Perdana Menteri yang sudah lama berkhidmat Hun Sen sebelum ini memberi sokongan terhadap kempen itu dengan menenun beberapa helai benang pada selendang tersebut.
Acara Guiness itu dijalankan hanya beberapa minggu sebelum pilihan raya kontroversi yang dijangka akan dimenangi Hun Sen, yang sudah memerintah selama 33 tahun setelah beliau menyokong pembubaran parti pembangkang tahun lalu.
Menurut para penganalisis, perdana menteri itu juga sedang cuba membina sebuah dinasti politik dengan mempersiapkan ketiga-tiga anak lelakinya untuk jawatan kepimpinan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.