Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kemboja catat Rekod Dunia Guiness bagi pameran origami hati terbesar

Anggaran Waktu Membaca:
Kemboja catat Rekod Dunia Guiness bagi pameran origami hati terbesar

Gambar: Facebook/ASEAN Society & Culture

SIEM REAP: Pameran origami berbentuk hati di Kemboja tersenarai dalam Buku Rekod Guiness atau Guinness Book of Records pada Selasa (11 Apr) sebagai pertunjukan origami berbentuk hati terbesar di dunia, memecahkan rekod sebelumnya yang dipegang oleh Britain.

Hampir 4 juta origami berbentuk hati dipamerkan di kompleks Taman Arkeologi Angkor di wilayah Siem Reap Kemboja bagi menzahirkan sokongan kepada Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-32 pada Mei dan Sukan Para ASEAN ke-12 pada Jun, lapor Xinhua.

Projek itu dijayakan oleh Kesatuan Persekutuan Belia Kemboja (UYFC), diketuai oleh anak bongsu Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen, Hun Many.

"Saya kini mengesahkan bahawa sebanyak 3,917,805 origami berbentuk hati, Kesatuan Persekutuan Belia Kemboja kini telah mencapai gelaran rekod dunia Guiness baru," kata pengadil rasmi Rekod Dunia Guiness, Tomomi Sekioka.

"Saya ingin mengatakan bahawa saya kagum dengan kerja berpasukan yang luar biasa, semangat dan disiplin," katanya.

Beliau berkata rekod baru itu mengatasi rekod dunia sebelumnya bagi pameran origami terbesar berbentuk hati dengan 53,704 yang dicatatkan oleh Britain pada 9 Feb 2019.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan