Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kembar 3 seiras dijel kerana bekal senjata api kepada penjenayah

Kembar tiga seiras dipenjara di Britain pada Jumaat (6 Sep) selepas disabitkan dengan kesalahan membekalkan senjata kepada seorang penjenayah berbahaya, menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Kembar 3 seiras dijel kerana bekal senjata api kepada penjenayah

Salah seorang daripada kembar tiga seiras. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 07 Sep 2019 08:36AM Dikemas Kini : 07 Sep 2019 08:39AM

LONDON: Kembar tiga seiras dipenjara di Britain pada Jumaat (6 Sep) selepas disabitkan dengan kesalahan membekalkan senjata kepada seorang penjenayah berbahaya, menurut polis.

DNA ditemui di pistol yang dikaitkan dengan Reiss, Ralston dan Ricky Gabriel, 28 tahun dari utara London namun para detektif gagal menentukan siapa di antara mereka bertiga pemilik sebenar DNA tersebut.

Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga suspek terlibat dalam jenayah tersebut.

“Mereka bertiga cuba mengeksploitasi DNA sama yang dimiliki mereka serta ketrampilan masing-masing dan meloloskan diri daripada hukuman, namun kerja keras pasukan penyiasat berjaya menggagalkan percubaan berkenaan,” kata Ketua Inspektor Detektif Driss Hayoukane.

Ralston dan Ricky masing-masing dijatuhi hukuman penjara selama 14 tahun manakala Reiss dikenakan hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Blackfriars Crown atas kesalahan memiliki senjata api dengan niat mengancam nyawa orang lain. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan