Kematian menantu DPM Zahid: Polis ambil keterangan klinik gigi
Polis mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung kematian menantu timbalan perdana menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.
Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi dikebumikan di tanah perkuburan Sg Ramal, Kajang. (Gambar: Twitter/Ahmad Zahid Hamidi)
KUALA LUMPUR: Polis mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung kematian menantu timbalan perdana menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.
Datuk Syed Alman meninggal dunia kelmarin (1 Jun), susulan rawatan gigi di Bangsar.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis merakam percakapan mereka, yang terdiri daripada kakitangan klinik gigi itu dan individu lain.
"Punca kematian masih belum dikenal pasti dan polis masih dalam proses mendapatkan laporan bedah siasat daripada hospital," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
menantu saya Syed Alman Zain Syed Alwi suami Nurul Hidayah telah kembali ke rahmatullah petang semalam. Al Fatihah pic.twitter.com/Pc1wCHWFAg
— Ahmad Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) June 1, 2016
Datuk Amar Singh berkata kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana
menyebabkan kematian.
Allahyarham Datuk Syed Alman Zain, 44, merupakan suami kepada anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, 37.
Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik bersama seorang rakan pada kira-kira 6.00 petang kelmarin untuk mendapatkan rawatan gigi sebelum tidak sedarkan diri.
Menurut seorang anggota keluarga, Allahyarham kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan disahkan meninggal dunia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.