Skip to main content

Dunia

Kematian ibu, anak Sindrom Down ditemui kelaparan dalam rumah

Seorang wanita ditemui mati manakala anak perempuannya, yang kurang upaya ditemui dalam keadaan lapar dan dahaga di rumah mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Kematian ibu, anak Sindrom Down ditemui kelaparan dalam rumah

(Gambar-gambar: JBPM, Bernama)

Diterbitkan : 14 Oct 2019 08:10AM Dikemas Kini : 14 Oct 2019 05:38PM

JOHOR BAHRU: Seorang wanita ditemui mati manakala anak perempuannya yang kurang upaya ditemui dalam keadaan lapar dan dahaga di rumah mereka.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba Johor Bahru, Mohd Saifulizam Mohd Salleh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.40 pagi Ahad (13 Okt) lalu bergegas ke tempat kejadian dengan satu jentera dan unit bantuan perkhidmatan kecemasan beserta sembilan anggota.

“Pihak kami dimaklumkan oleh seorang daripada anak mangsa (lelaki), yang pintu rumahnya tidak boleh dibuka. Apabila menjenguk ke dalam rumah melalui atas pintu, salah seorang anggota kami ternampak seorang wanita terbaring di ruang tamu berkenaan.

“Selepas diberi kebenaran oleh anak mangsa untuk memecahkan pintu, kami dapati wanita berkenaan sudahpun meninggal dunia lebih dari 24 jam,” katanya.

Pihak bomba juga menemui seorang remaja perempuan kurang upaya berusia 22 tahun, dipercayai sudah empat hari tidak makan.

Mayat mangsa, yang dikenali sebagai Chiong Chan Lin, 63 tahun, diserahkan kepada Balai Polis Skudai untuk tindakan lanjut manakala identiti anak perempuannya tidak dapat dikenal pasti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata siasatan awal mendapati wanita berkenaan mati dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah teres setingkat itu.

“Si mati disyaki mati sejak lima hari yang lalu. Anak si mati yang pulang ke rumah mendapati pintu berkunci dan si mati tidak menyahut panggilan,” kata beliau.

Anak lelakinya berkata, ibu beliau memang tinggal berdua dengan adik perempuannya yang menghidap Sindrom Down dan jarang dikunjungi saudara-mara.

Mangsa dibedah siasat di Hospital Sultanah Aminah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita