Skip to main content

Dunia

Kematian budak lelaki autisme 6 tahun di Malaysia: Ibu bapa Zayn Rayyan dituduh abaikan anak mereka

Anggaran Waktu Membaca:
Kematian budak lelaki autisme 6 tahun di Malaysia: Ibu bapa Zayn Rayyan dituduh abaikan anak mereka

Gambar: Polis Daerah Petaling Jaya/Facebook

Diterbitkan : 13 Jun 2024 04:46PM
PETALING JAYA: Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme itu pada Disember tahun lalu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masing-masing berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Syahliza Warnoh.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika didapati bersalah, ibu bapa Zayn masing-masing boleh didenda sehingga RM50,000 (S$14,315), penjara tidak lebih 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan PJU 10/1, Damansara Damai, antara jam 12 tengah hari 5 Dis 2023 hingga 9.55 malam, 6 Dis 2023, lapor agensi berita Free Malaysia Today.

Hakim Syahliza kemudian membenarkan pasangan itu dibebaskan dengan ikat jamin masing-masing RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mereka juga diarahkan melapor diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai.

Hakim juga mengeluarkan arahan melarang kedua-dua tertuduh daripada membuat sebarang kenyataan berkaitan kes itu.

Menurut laporan Free Malaysia Today, mahkamah menetapkan 26 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, manakala peguam Fahmi Moin dan Mahmud Jumaat masing-masing mewakili Zaim dan Ismanira.

Zayn yang berusia enam tahun dilaporkan hilang di Damansara Damai pada 5 Dis tahun lalu sebelum ditemukan meninggal dunia keesokan harinya.

Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badannya akibat mempertahankan diri, dipetik daripada agensi berita Free Malaysia Today.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita