Skip to main content

Dunia

Kematian bayi 9 bulan, tiada unsur dera

Hasil bedah siasat ke atas bayi lelaki berusia sembilan bulan yang meninggal dunia semalam (28 Jan), dipercayai didera, mendapati tiada sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal.

Anggaran Waktu Membaca:
Kematian bayi 9 bulan, tiada unsur dera

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Jan 2019 02:29PM Dikemas Kini : 29 Jan 2019 02:31PM

LUMUT: Hasil bedah siasat ke atas bayi lelaki berusia sembilan bulan yang meninggal dunia semalam (28 Jan), dipercayai didera, mendapati tiada sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman berkata siasatan akan terus dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

ACP Muhammad Hanif berkata kejadian berlaku apabila bayi berkenaan, Muhammad Firas Danial Muhammad Nizar dihantar ke rumah pengasuh di kuarters polis IPD Manjung dalam keadaan yang tidak sihat dan dikatakan sudah demam selama tiga hari.

“Dalam jagaan pengasuh, bayi itu tidak sedarkan diri. Tindakan serta merta sudah diambil oleh pengasuh dan ibunya dengan membawa bayi itu ke Hospital Seri Manjung.

“Namun keadaan bayi itu agak kritikal dan pihak Hospital Manjung sudah segera merujuk serta menghantar mangsa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya dalam satu kenyataan hari ini (29 Jan).

Menurut ACP Muhammad Hanif, selepas sehari berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Ipoh, mangsa meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati kematian mangsa adalah berpunca dari pendarahan dalam kepala terdapat darah beku, namun, tiada sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal pada mangsa,” katanya.

ACP Muhammad Hanif berkata kes itu disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Semalam, media melaporkan Muhammad Firas Danial meninggal dunia di PICU di hospital tersebut, kira-kira jam 2.49 petang semalam (28 Jan), setelah mengalami pendarahan di kepala yang dipercayai akibat gegaran kuat.

Ibu mangsa, Cik Nur Aziemah Zahari, 26 tahun, berkata beliau yang tinggal di Desa Pemarak Kampung Kayan di Sitiawan menghantar anaknya ke rumah pengasuh itu sejak tiga minggu lepas kerana kakaknya yang sebelum ini menjaga bayi terbabit sudah mula bekerja. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita