Skip to main content

Dunia

Kematian akibat cuaca teramat sejuk di AS meningkat kepada 21 orang

Bilangan kematian akibat cuaca teramat sejuk di Amerika Syarikat meningkat kepada 21 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Kematian akibat cuaca teramat sejuk di AS meningkat kepada 21 orang
Diterbitkan : 01 Feb 2019 07:34PM Dikemas Kini : 01 Feb 2019 07:37PM

CHICAGO: Bilangan kematian akibat cuaca teramat sejuk di Amerika Syarikat meningkat kepada 21 orang.

Puluhan juta penduduk di bahagian Midwest dicengkam cuaca yang lebih teruk daripada kawasan Artik, dengan suhu mencecah serendah 49 darjah selsius di bawah paras sifar.

Buat dua hari berturut-turut, cuaca teramat sejuk dan berangin memaksa sehingga 2,000 penerbangan dibatalkan. Bandar Chicago paling teruk terjejas dengan Lapangan terbang O’Hare membatalkan lebih 700 penerbangan.

Suhu di bawah paras beku juga menyebabkan air terjun yang popular di Minneapolis berubah menjadi paparan isikel (icicle) atau juntaian air batu yang indah.

Bagaimanapun pihak berkuasa memberi amaran kepada pengunjung supaya mengelakkan kawasan itu kerana kemungkinan berlakunya runtuhan air batu. 

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita