Skip to main content

Dunia

Kemasukan kumpulan pertama pekerja Indonesia ke M'sia bermula secara berperingkat

Anggaran Waktu Membaca:
Kemasukan kumpulan pertama pekerja Indonesia ke M'sia bermula secara berperingkat

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 12 Aug 2022 12:36PM
KUALA LUMPUR: Kemasukan pekerja Indonesia ke Malaysia bermula secara berperingkat selepas negara jiran itu memutuskan untuk menarik balik sekatan penghantaran pekerjanya ke negara ini, berkuat kuasa 1 Ogos lepas.

Menteri Sumber Manusia, M Saravanan berkata kumpulan pertama pekerja Indonesia sudah pun berada di Malaysia, manakala dokumen membabitkan 23,000 lagi pekerja dari negara itu sedang diproses oleh pihak berkuasa negara ini.

“Pekerja sudah mula masuk. Kumpulan pertama sudah pun berada di sini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan mynext, iaitu usaha memperkasakan bakat-bakat tempatan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi agensinya, Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp).

Pada 13 Julai lepas, Indonesia mengumumkan keputusannya untuk membekukan sementara kemasukan pekerja negara itu ke Malaysia kerana tidak menggunakan sistem tunggal seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.
Bagaimanapun, kedua-dua negara bersetuju untuk menyepadukan sistem sedia ada bagi pengambilan pekerja domestik antara Jabatan Imigresen Malaysia dan kedutaan Indonesia di sini.

Sementara itu, mengenai tenaga kerja Malaysia, Encik Saravanan berkata isunya bukan pengangguran tetapi penempatan pekerjaan yang tidak sepadan.

“Walaupun kami mendapatkan mereka (siswazah) kerja, mereka tidak diberi pekerjaan dalam bidang pengajian mereka,” katanya.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita