Kemasukan ke hospital, kematian akibat COVID-19 di Australia semakin meningkat
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Saeed Khan/AFP)
SYDNEY: Kemasukan ke hospital akibat COVID-19 di Australia sudah mencecah paras tertinggi untuk hari kedua berturut-turut, menurut data yang dikeluarkan pada Selasa (26 Jul).
Jumlah kematian harian akibat COVID-19 juga naik kepada paras kedua tertinggi disebabkan oleh penularan subvarian koronavirus yang melanda negara itu.
Hampir 5,600 pesakit yang dijangkiti COVID-19 kini dirawat di hospital manakala 100 kematian baru dilaporkan. Jumlah tersebut hampir mencecah rekod 102 kematian yang dicatatkan pada Sabtu lalu (23 Jul).
Hampir 330,000 jangkitan dilaporkan dalam masa tujuh hari yang lalu. Namun, pihak berkuasa menyatakan bahawa jumlah sebenar mungkin dua kali ganda lebih tinggi.
"Sudah tiba masa untuk bergabung semula dan memerangi virus: dapatkan suntikan vaksin, gunakan pelitup di kawasan ramai orang ataupun di tempat tertutup dan duduk di rumah jikalau anda kurang sihat," kata Perdana Menteri wilayah Queensland yang terjejas teruk, Annastacia Palaszczuk.
Penularan COVID-19 disebabkab subvarian baru Omicron BA.4 dan BA.5 yang mudah berjangkit. Ia sudah menyebabkan tekanan ke atas hospital-hospital dan rumah persaraan.
Queensland yang sedang memerangi penularan paling teruk dalam pandemik menjangkakan bilangan pesakit akan memuncak pada hujung Ogos ini, berdasarkan model daripada Jabatan Kesihatan Negeri.
Selain daripada kenaikan dalam jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital, ramai pekerja barisan hadapan sedang cuti sakit ataupun dalam tempoh pengasingan. Ini memburukkan lagi krisis tersebut.
Hospital akan menambah jumlah katil dan mengerahkan lebih banyak kakitangan untuk membuat pekerjaan barisan hadapan, kata Cik Palaszczuk.
Di wilayah Victoria, lebih 8 peratus kakitangan dalam sektor perubatan ataupun 10,000 kakitangan cuti sakit, Perdana Menteri Daniel Andrews memberitahu para wartawan.
Seperti banyak negara lain, Australia sudah memansuhkan langkah berjaga-jaga koronavirus yang sukar dan sudah meneruskan kehidupan seperti biasa sejak awal tahun ini.
Pihak berkuasa sedang menolak tekanan untuk menguatkuasakan semula peraturan termasuk saranan daripada para doktor untuk mewajibkan pemakaian pelitup di tempat tertutup.
Sebaliknya, mereka mengarahkan perniagaan-perniagaan supaya membenarkan pekerja bekerja darii rumah dan menasihatkan orang ramai supaya segera mendapatkan suntikan penggalak mereka.
Hanya 71 peratus penduduk yang layak sudah menerima suntikan penggalak berbanding 95 peratus yang sudah menerima dua dos suntikan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.