Kemas kini CrowdStrike mungkin tidak lakukan beberapa pemeriksaan, kata pakar
Anggaran Waktu Membaca:
SAN FRANCISCO: Para pakar keselamatan berkata kemas kini rutin yang dijalankan oleh CrowdStrike terhadap sofwe keselamatan sibernya, yang telah menyebabkan gangguan pada sistem komputer kliennya di peringkat antarabangsa pada Jumaat (19 Jul), didapati tidak menjalani pemeriksaan mutu yang mencukupi sebelum ia dikerahkan.
Versi terkini perisian itu membuat sistem komputer para pelanggan CrowdStrike lebih selamat daripada ancaman penggodaman.
Namun kod yang rosak pada fail yang telah dikemas kini itu mengakibatkan salah satu gangguan IT paling meluas yang menjejas syarikat-syarikat yang menggunakan sistem operasi Microsoft Windows.
Gangguan tersebut menjejas bank, syarikat penerbangan, hospital dan pejabat pemerintah di merata dunia.
Crowdstrike telah mengeluarkan maklumat tentang bagaimana untuk memperbaiki sistem-sistem yang terjejas.
Namun para pakar berkata ia mungkin mengambil masa kerana kod yang rosak itu perlu dihapuskan secara manual.

Sumber : Reuters/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.