Kemarau teruk di Thailand: Para pesawah diminta tangguhkan tanam padi
Para pesawah di Thailand diminta supaya menangguhkan untuk menanam padi kerana kemarau buruk yang menjejas wilayah-wilayah utara dan timur laut negara itu.
(Gambar fail: AFP)
BANGKOK: Para pesawah di Thailand diminta supaya menangguhkan untuk menanam padi kerana kemarau buruk yang menjejas wilayah-wilayah utara dan timur laut negara itu.
Satu laporan menyatakan kegiatan mengepam air dari kolam-kolam air untuk disalurkan ke sawah-sawah juga menyebabkan sumber air terjejas teruk.
Thailand merupakan pengeksport beras kedua terbesar di dunia.
Para pegawai kaji cuaca mengatakan bahawa jumlah hujan di kawasan-kawasan sawah berada di paras terendah dalam masa 10 tahun iaitu 12 peratus di bawah kadar puratanya.
Paras air Sungai Mekong pula merosot ke paras paling rendah daripada catatan tahun 1992.
Bagi menangani keadaan cuaca kering, Thailand, seperti Indonesia, menimbangkan langkah untuk melakukan pembenihan awan bagi meningkatkan hujan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.