Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kemalangan Koswe: Lori rempuh 11 kenderaan didapati bawa muatan lebihi had dibenarkan

Lori yang merempuh 11 kenderaan di Koswe menghala ke Singapura dua hari lalu (7 Jul) disyaki membawa muatan melebihi had yang dibenarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kemalangan Koswe: Lori rempuh 11 kenderaan didapati bawa muatan lebihi had dibenarkan

Petikan skrin daripada video yang tersebar di media sosial, menunjukkan kereta-kereta rosak dan serpihan bertaburan di jalan raya selepas sebuah lori merempuh beberapa kenderaan di Koswe menghala ke Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Diterbitkan : 09 Jul 2022 09:27PM Dikemas Kini : 09 Jul 2022 09:28PM

JOHOR BAHRU: Lori yang merempuh 11 kenderaan di Koswe menghala ke Singapura dua hari lalu (7 Jul) disyaki membawa muatan melebihi had yang dibenarkan.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya juga telahpun membuat serbuan ke pejabat syarikat lori berkenaan bagi melihat rekod-rekod penyenggaraan.

“Siasatan kita meliputi pelbagai aspek dan kita telah buat serbuan ke pejabat (syarikat lori) untuk melihat rekod-rekod dari segi penyenggaraan lori itu dan sebagainya."

"Begitu juga dari segi kekuatan atau keupayaan lori tersebut dan kita dapati memang berat (muatan lori itu) adalah lebih,” katanya ketika ditemui dalam Op Lancar di Jalan Tebrau, di Johor Bahru, pada Sabtu(9 Jul).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes kemalangan melibatkan lori membawa muatan habuk batu itu.

Encik Kamarul Zaman berkata pemandu lori berusia 34 tahun, yang mempunyai 33 rekod saman lampau atas pelbagai kesalahan trafik, direman selama tiga hari bermula semalam.

Beliau berkata reman individu itu dijangka akan disambung semula sekiranya kertas siasatan masih belum lengkap.

Lelaki itu ditahan pada 1.15 tengah hari pada hari sama dengan kejadian dan hasil siasatan pihak polis mendapati kemalangan yang berlaku pada 9.25 pagi itu berpunca daripada masalah teknikal yang dialami lori membawa muatan habuk batu berkenaan.

Sebanyak enam kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu merupakan kenderaan tempatan manakala enam lagi kenderaan asing.

Sementara itu, beliau berkata Op Lancar sempena Aidiladha yang bermula semalam sehingga 11 Julai, melibatkan penugasan lebih 1,000 pegawai dan anggota polis di negeri Johor.

Beliau berkata operasi itu memberi tumpuan pada kelancaran lalu lintas terutama di 30 kawasan yang sering berlaku kemalangan di negeri Johor. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan