Skip to main content

Dunia

AS keluarkan amaran terhadap ancaman kumpulan pelampau dalam negeri

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat pada Rabu (27 Jan) mengisytiharkan amaran pengganasan di seluruh negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
AS keluarkan amaran terhadap ancaman kumpulan pelampau dalam negeri

Gambar fail Rumah Putih di Washington. (Gambar: REUTERS/Yuri Gripas/Files)

Diterbitkan : 28 Jan 2021 12:47PM Dikemas Kini : 28 Jan 2021 12:49PM

WASHINGTON: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat pada Rabu (27 Jan) mengisytiharkan amaran pengganasan di seluruh negara itu.

Amaran itu dikeluarkan menyusuli ancaman berlaku keganasan yang mungkin dicetuskan oleh para pelampau yang membantah kemenangan calon Democrat, Joe Biden dalam Pilihan Raya Presiden pada November lalu.

Amaran itu turut mendedahkan bahawa para pelampau mungkin akan menyerang para pegawai pemerintah dan kemudahan-kemudahan pemerintah seperti yang berlaku pada 6 Januari lalu.

Amaran tersebut dikeluarkan sedang pihak berkuasa California mendakwa seorang penyokong tegar mantan Presiden Donald Trump yang memiliki lima bom paip buatan sendiri.

Dia merancang untuk menggunakan bom-bom tersebut untuk menyerang para anggota Democrat.

Buletin Sistem Nasihat Pengganasan Nasional menyatakan, ancaman serangan itu mungkin akan bertahan selama berminggu-minggu selepas upacara angkat sumpah jawatan Encik Biden pada 20 Januari lalu dan serangan ke atas bangunan Capitol.

"Maklumat yang diperolehi membayangkan beberapa pelampau ganas yang bermotifkan ideologi radikal membantah peralihan kuasa pemerintah dan presiden dan kebencian ini diapi-apikan dengan naratif yang salah, yang akan terus menghasut kebencian," menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

Trump didakwa oleh Dewan Perwakilan atas tuduhan 'menghasut pemberontakan' dan didakwa menggalak serangan ke atas bangunan Capitol.

Menurut jabatan tersebut, tiada maklumat sejauh ini yang menunjukkan sebarang ancaman khusus.

Amaran itu turut mendedahkan jumlah ancaman yang meningkat sejak tahun lalu, bermula dengan para pelampau dalam negeri yang didorong oleh sekatan-sekatan COVID-19, kekalahan Encik Trump di tangan Encik Biden, keganasan polis dan kemasukan pendatang haram. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita