AS keluarkan amaran risiko keselamatan meningkat terhadap warganya di luar negara
Anggaran Waktu Membaca:

Ayman al-Zawahiri dalam petikan skrin video pada 2006. (Gambar: AFP/AFP melalui Getty Images)
WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika mengeluarkan amaran kepada semua warga Amerika di luar negara bahawa risiko terhadap keselamatan mereka kini meningkat.
Ini ekoran pembunuhan ketua Al-Qaeda, Ayman Al-Zawahiri, oleh tentera Amerika.
Jabatan itu menyatakan, maklumat semasa menunjukkan, kumpulan-kumpulan pengganas terus merancang serangan pengganas terhadap kepentingan Amerika di seluruh dunia, termasuk kemudahan, kakitangan mahupun warganya.
Ia menambah, serangan tersebut boleh datang dalam bentuk operasi nekad, pembunuhan, penculikan, rampasan dan pengeboman.
Ayman Al-Zawahiri maut setelah dibedil oleh dua peluru berpandu jenis Hellfire dari sebuah dron tentera Amerika.
Dia berada di beranda sebuah rumah persembunyian di ibu kota Kabul ketika itu.
Serangan itu dijalankan selepas berbulan-bulan dirancang, menurut Amerika.
Ini merupakan tamparan paling hebat ke atas kumpulan pengganas Al-Qaeda selepas kematian Osama bin Laden lebih sedekad lalu.

Sumber : CNA/DY/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.