Skip to main content

Dunia

Keluarga terpisah, sambut Aidilfitri di tengah perang, kebuluran & kesengsaraan

Anggaran Waktu Membaca:
 Keluarga terpisah, sambut Aidilfitri di tengah perang, kebuluran & kesengsaraan

Keluarga Cik Rima terpaksa melarikan diri ke Nuseirat. (Gambar: Petikan dari video)

Diterbitkan : 09 Apr 2024 07:29PM
TEBING BARAT: Aidilfitri sering disambut dengan kegembiraan, namun buat penduduk Palestin, Ramadan dan Syawal, disambut di tengah-tengah peperangan, kebuluran dan kesengsaraan.

Bagi seorang wanita Palestin, beliau kehilangan 43 anggota keluarga dalam perang Israel-Hamas, setakat ini.

Perang Israel-Hamas yang kini masuk bulan ketujuh adalah antara konflik yang paling memusnahkan serta sukar dileraikan pada abad ke-21 ini.

Rima Eid, seorang wanita asal Gaza berusia 46 tahun, tidak dapat berbuat apa-apa ketika tentera Israel memusnahkan rumah keluarganya di daerah Ansar di Carikan Gaza.

Sejak itu, menurut Rima, sekitar 43 anggota keluarganya terbunuh sepanjang tempoh enam bulan lalu dan jumlahnya dijangka terus meningkat.

Keluarga Rima pernah menetap di luar negara, sebelum pulang ke Gaza pada tahun 2000 untuk membina rumah idaman mereka.

Ternyata, bangunan yang dibina bertahun lamanya hasil titik peluh mereka selama ini, akhirnya musnah apabila konflik tercetus.

Keluarga Rima terpaksa melarikan diri ke Nuseirat.

Di sebalik kesukaran dan kepedihan yang melanda, Rima terus tabah dan berikan tumpuan kepada kesejahteraan anak-anaknya.

Beliau kini menetap di Ramallah di daerah Tebing Barat bersama suami dan tiga orang anaknya.
Sumber : Agensi berita/AI/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita