Keluarga Shinawatra bertemu Presiden Prabowo bincang pelaburan
Anggaran Waktu Membaca:
Keluarga Shinawatra bertemu Presiden Prabowo bincang pelaburan. (Gambar: Instagram/ Sekretariat Kabinet)
BANGKOK: Tiga mantan Perdana Menteri Thailand daripada keluarga Shinawatra mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Jakarta untuk membincangkan peluang pelaburan, pengurusan aset, serta pembangunan ekonomi jangka panjang.
Encik Thaksin Shinawatra, Cik Yingluck Shinawatra dan Cik Paetongtarn Shinawatra menghadiri pertemuan tersebut di bangunan Danantara pada Khamis (9 Jul), menurut Setiausaha Kabinet Indonesia, Teddy Indra Wijaya.
Gambar-gambar yang dikeluarkan di akaun Instagram Sekretariat Kabinet menunjukkan ketiga-tiga mantan perdana menteri itu bersama Presiden Prabowo dan barisan eksekutif kanan di Danantara.
Pertemuan tersebut disifatkan sebagai muhibah dan tidak rasmi, mencerminkan hubungan akrab yang sudah lama terjalin antara mereka yang terlibat, lapor The Star.
Encik Thaksin berkhidmat sebagai perdana menteri Thailand dari 2001 hingga 2006, Cik Yingluck dari 2011 hingga 2014, manakala Cik Paetongtarn dari 2024 hingga 2025.
Encik Thaksin, yang juga merupakan salah seorang anggota lembaga penasihat Danantara, berkongsi cadangan serta bertukar-tukar pandangan dengan Encik Prabowo dan barisan kepimpinan agensi berkenaan.
Perbincangan mereka memberi tumpuan kepada peluang pelaburan, pendekatan dalam menguruskan aset, dan strategi pembangunan ekonomi yang bertujuan untuk menyokong pertumbuhan jangka panjang yang mampan, lapor The Star.
Danantara Indonesia ialah sebuah institusi pengurusan pelaburan pemerintah yang bertanggungjawab mengurus, mengoptimum, dan membangunkan aset strategik Indonesia bagi menyokong transformasi ekonomi jangka panjang Indonesia.
Pemerintah Indonesia menyatakan bahawa pertemuan dengan para pemimpin antarabangsa dan tokoh global terkemuka adalah sebahagian daripada usahanya untuk memperluaskan kerjasama antarabangsa serta memperkukuh kedudukan negara itu di tengah-tengah perubahan landskap global.
Para eksekutif kanan Danantara yang turut menghadiri perbincangan itu termasuk Rosan Roeslani, ketua pegawai eksekutif kumpulan agensi tersebut; Dony Oskaria, ketua pegawai operasi; dan Pandu Sjahrir, ketua pegawai pelaburan.
Peranan Encik Thaksin di Danantara sebelum ini sering meletakkan beliau dalam perbincangan mengenai agenda pelaburan strategik dan pembangunan ekonomi Indonesia.
Beliau dilantik menganggotai majlis penasihat agensi berkenaan bersama-sama tokoh ekonomi dan pelaburan antarabangsa yang lain, lapor The Star.
Pertemuan pada 9 Julai itu menyusuli satu lagi sesi pertemuan berasingan di kediaman peribadi Encik Prabowo di Jakarta, di mana pemimpin Indonesia itu menyambut kedatangan Encik Thaksin dan anggota keluarganya dalam suasana yang disifatkan oleh Sekretariat Kabinet sebagai sangat muhibah dan akrab.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.