Keluarga pendaki Everest M'sia reda usaha mencari ditamatkan
Anggaran Waktu Membaca:
Pendaki Malaysia Muhammad Hawari Hashim, 33 tahun. (Gambar: Astro AWANI)
TASEK GELUGOR: Anggota keluarga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim menerima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) yang ditamatkan ekoran masalah dron.
Ibu Muhammad Hawari, Che Tom Hassan, 64 tahun, berkata, walaupun jauh di sudut hatinya masih berharap SAR dapat diteruskan, namun beliau sudah reda dan menerima apa sahaja keputusan yang diputuskan misi terbabit yang berdepan keadaan sukar termasuk faktor cuaca kurang baik.

Che Tom turut memaklumkan, anak bongsunya, Muhammad Ismail, 28 tahun, dan menantunya, Mohamad Azhar Ilias, 35 tahun, bersama Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP), Haryany Mohamad, akan bertolak ke Nepal Khamis malam (8 Jun) bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung pencarian Muhammad Hawari.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya pihak keluarganya akan mendapat maklumat lengkap berhubung operasi SAR terbabit secara langsung.
"Harap pencarian dapat diteruskan. Sudah dihentikan awal semalam sebab faktor cuaca. Kami boleh terima. Mereka minta wakil keluarga Hawari datang ke Nepal esok. Malam akan berangkat dan ditanggung oleh misi.
"Rasa hiba tidak dapat nak cakap, saya faham faktor cuaca. Berat hendak cakap," katanya, dipetik daripada Astro Awani.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui di kediamannya di Kampung Permatang Kerai Besar, Tasek Gelugor pada Rabu.

Sebelum ini, beliau menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Muhamad Yusoff Mohd Noor yang berharap Muhammad Hawari dapat diberikan penghargaan.
"Harap kerajaan menghargai, tidak ramai OKU yang berjaya ke puncak berjaya menaikkan bendera, saya harap ada penghargaan daripada pihak kerajaan.
"Saya rasa perlu satu bentuk sumbangan atau bantuan berkekalan mungkin sampai anak-anak (Muhammad Hawari) membesar, dijaga dan diberi bantuan," katanya, lapor Astro Awani.
Media sebelum ini melaporkan Pengurus Misi ME2023, Ayu Wanirah Naharudin memaklumkan misi SAR yang sepatutnya berakhir pada Rabu (6 Jun) terpaksa dihentikan berikutan dron yang digunakan gagal menerima gambar dan video dirakam.
Katanya, berita itu diterima daripada Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak yang kini berada di Everest Base Camp (EBC), Nepal.
Menurut laporan Astro Awani, Encik Muhammad Hawari dilaporkan hilang pada 19 Mei lalu selepas beliau berjaya menawan puncak Everest pada 18 Mei jam 3.30 petang waktu Nepal dan 5.45 petang waktu tempatan.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.