Skip to main content

Dunia

Keluarga mangsa nahas Lion Air bertemu agensi keselamatan sebelum laporan dikeluarkan

Keluarga-keluarga mangsa nahas pesawat Lion Air tahun lalu bertemu dengan para penyelia keselamatan Indonesia pada Rabu (23 Okt) untuk diberi taklimat mengenai laporan muktamad berhubung kemalangan itu. Laporan itu akan dikeluarkan dalam masa beberapa hari lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Keluarga mangsa nahas Lion Air bertemu agensi keselamatan sebelum laporan dikeluarkan

Gambar fail dipetik pada 7 Nov 2018 menunjukkan para penyiasat meneliti bahagian enjin daripada pesawat Lion Air JT 610 di sebuah pelabuhan dekat Jakarta. (Gambar: Bay Ismoyo/AFP)

Diterbitkan : 23 Oct 2019 09:15PM Dikemas Kini : 23 Oct 2019 09:17PM

JAKARTA: Keluarga-keluarga mangsa nahas pesawat Lion Air tahun lalu bertemu dengan para penyelia keselamatan Indonesia pada Rabu (23 Okt) untuk diberi taklimat mengenai laporan muktamad berhubung kemalangan itu. Laporan itu akan dikeluarkan dalam masa beberapa hari lagi.

Kesemua 189 penumpang dan anak kapal terbunuh apabila pesawat 737 MAX menjunam ke Laut Jawa sejurus setelah berlepas dari Jakarta pada Oktober tahun lalu.

Beberapa bulan kemudian, perkhidmatan pesawat jenis itu digantung di seluruh dunia selepas Ethiopia Airlines 737 MAX terhempas, mengorbankan 157 orang yang berada dalam pesawat tersebut.

Siasatan awal mengenai kedua-dua nahas itu melibatkan Sistem Tambahan Ciri-Ciri Olah Gerak atau 'Manoeuvring Characteristics Augmentation System' (MCAS) pesawat tersebut di mana mekanisme kawalan penerbangan automatik tersebut tidak dapat dikawal oleh juruterbang.

Laporan awal mengenai nahas di Indonesia juga menyasarkan budaya keselamatan syarikat penerbangan tambang murah, Lion Air.

Sebelum ini, peguam plaintif memberitahu bahawa Boeing setakat ini sudahpun mencapai penyelesaian dengan 11 keluarga mangsa nahas.

Pada Rabu, keluarga-keluarga mangsa yang masih dalam kesedihan bertemu dengan penyiasat daripada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia untuk mendengarkan taklimat berhubung rumusan laporan akhir nahas berkenaan.

Menurut media tempatan, laporan tersebut mungkin dikeluarkan seawal Jumaat (25 Okt) ini.

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita