Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kelibat harimau belang dilihat berkeliaran di Pulai-Cameron Highlands

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang menyiasat dakwaan terdapat harimau belang yang berkeliaran di kawasan semak berhampiran Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di Ipoh baru-baru ini.
 

Anggaran Waktu Membaca:

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang menyiasat dakwaan terdapat harimau belang yang berkeliaran di kawasan semak berhampiran Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di Ipoh baru-baru ini.

Pengarahnya, Yusof Shariff, berkata pihaknya mengerahkan Unit Harimau ke lokasi berkenaan untuk tindakan lanjut.

"Siasatan sedang dijalankan selepas pihak kami mengesan video tular ini pada kira-kira pukul 10.00 malam tadi," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu (5 Feb).

Video berdurasi 17 saat itu tular menerusi aplikasi TikTok, menunjukkan seekor harimau berjalan di celahan semak samun di kawasan berbukit.

Pemilik media sosial itu turut mendakwa lokasi tersebut adalah selepas Cafe Banjaran yang terletak berhampiran kawasan rehat dan rawat serta meminta orang ramai berhati-hati.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan