Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kelewatan pekerja hijrahan masuk ke M'sia berpunca dari negara sumber

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Masalah kelewatan pekerja asing untuk masuk ke Malaysia adalah berpunca dari negara sumber berikutan mereka perlu menjalani beberapa saringan termasuk pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

Demikian dikatakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Zuraida Kamaruddin.

“Pada mulanya terdapat banyak kesulitan. Jadi, lambat sikit pada ketika itu dan jumlah (pekerja hijrahan) yang sedikit. Sekarang berjalan lancar dan lebih ramai yang sudah masuk ke negara itu.

“Masalahnya sekarang ini bukan di Malaysia, tetapi di negara sumber kerana mereka harus menjalani saringan, perubatan dan sebagainya. Itu yang membuatkan kita lambat sedikit,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Jom Kenali Agrikomoditi di Kuala Lumpur pada Ahad (23 Okt).

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 2.1 juta warga hijrahan yang bekerja dalam pelbagai bidang berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan