Skip to main content

Dunia

Kelewatan Batik Air berpunca daripada cuaca buruk

Anggaran Waktu Membaca:
Kelewatan Batik Air berpunca daripada cuaca buruk

Pesawat Batik Air. (Gambar fail: AFP / ROMEO GACAD)

SEPANG: Kementerian Pengangkutan Malaysia mengesahkan kelewatan penerbangan Batik Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat lalu (22 Dis) berpunca daripada cuaca buruk.

Menurut laporan agensi berita Astro Awani, menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata laporan penuh berhubung kelewatan tersebut sudah diterima, di mana pesawat berkenaan terpaksa dilencongkan ke Langkawi.

Jelas Ahli Parlimen Seremban itu lagi, sebaik sahaja mendarat di Langkawi, juruterbang sudah melepasi jam penerbangan mereka dan kru baru perlu dihantar ke Langkawi.

"Maka ia menyebabkan kelewatan selama beberapa jam."

"Semua ini bukan alasan tetapi sebahagian kelewatan tidak dapat dielakkan. Kami berharap dari segi pengendalian penumpang dan komunikasi di lapangan terbang, ia boleh ditambah baik pada masa akan datang," katanya dalam sidang media selepas majlis pengumuman tambang rendah tetap AirAsia pada Rabu (28 Dis).

Pada Selasa (27 Dis), Encik Loke menggesa Batik Air memohon maaf dan memikul tanggungjawab terhadap insiden berkenaan.

Susulan itu, Batik Air, yang sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air menzahirkan rasa kesal mengenai kelewatan tersebut, dan akan menghubungi semua penumpang yang terkesan bagi menyampaikan baucar istimewa secara percuma.

Encik Loke menambah, penumpang boleh menyalurkan aduan mereka Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) jika berdepan sebarang masalah.

"Mengenai bayaran balik, saya tidak pasti jika untuk kelewatan ia adalah sebahagian daripada syarat."

"Kami mempunyai sistem dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab. Mavcom ialah platform atau saluran yang tepat untuk mereka membuat aduan," ujar Encik Loke lagi, lapor agensi berita Astro Awani.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita