Skip to main content

Dunia

Kelemahan reka bentuk Boeing satu faktor pesawat Lion Air terhempas: Siasatan Indonesia

Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia menyatakan kelemahan reka bentuk dan pengesahan adalah antara faktor-faktor utama yang menyebabkan pesawat Boeing 737 MAX milik syarikat penerbangan Lion Air terhempas pada 28 Oktober tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelemahan reka bentuk Boeing satu faktor pesawat Lion Air terhempas: Siasatan Indonesia

Pesawat Lion Air JT610 terhempas ke dalam Laut Jawa pada 29 Oktober 2018. (Gambar fail: Willy Kurniawan/Reuters)

Diterbitkan : 25 Oct 2019 08:46PM Dikemas Kini : 25 Oct 2019 08:48PM

JAKARTA: Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia menyatakan kelemahan reka bentuk dan pengesahan adalah antara faktor-faktor utama yang menyebabkan pesawat Boeing 737 MAX milik syarikat penerbangan Lion Air terhempas pada 28 Oktober tahun lalu.

Laporan muktamad siasatan tragedi tersebut, yang dikeluarkan petang tadi (25 Okt), mengandungi saranan-saranan kepada syarikat Boeing, Lion Air, Pentadbiran Penerbangan Awam Federal Amerika Syarikat dan agensi-agensi lain yang bersangkutan.

Ketua pasukan penyiasat, Kapten Nurcahyo Utomo, memberitahu para pemberita bahawa nahas itu berpunca daripada rentetan sekurang-kurangnya sembilan perkara yang rumit.

Menurut beliau, jika satu daripada perkara itu tidak terjadi, mungkin nahas tersebut tidak berlaku.

Pesawat tersebut terhempas tidak lama setelah meninggalkan Jakarta. Kesemua 189 orang di dalamnya terkorban.

Kurang lima bulan kemudian, sebuah pesawat Boeing model yang sama milik syarikat penerbangan Habsyah pula terhempas.

Insiden itu menyebabkan penggantungan operasi semua pesawat Boeing 737 MAX di merata dunia.

Sumber : AFP/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita