Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kelemahan reka bentuk 737 Max, pemerhatian AS dalam nahas Lion Air: Laporan

Para penyiasat Indonesia mendapati bahawa kelemahan reka bentuk dan pemerhatian memainkan peranan utama dalam nahas pesawat Boeing 737 MAX pada Oktober yang menyebabkan korban nyawa, menurut laporan Wall Street Journal pada Ahad (22 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Kelemahan reka bentuk 737 Max, pemerhatian AS dalam nahas Lion Air: Laporan

(Gambar fail: Beawiharta/Reuters)

Diterbitkan : 23 Sep 2019 09:13AM Dikemas Kini : 23 Sep 2019 09:14AM

WASHINGTON: Para penyiasat Indonesia mendapati bahawa kelemahan reka bentuk dan pemerhatian memainkan peranan utama dalam nahas pesawat Boeing 737 MAX pada Oktober yang menyebabkan korban nyawa, menurut laporan Wall Street Journal pada Ahad (22 Sep).

Draf kesimpulan itu yang dijangkakan adalah dapatan formal pertama dari pemerintah mengenai kelemahan reka bentuk dan kelulusan badan kawal selia Amerika Syarikat, turut mengenal pasti beberapa kesilapan juruterbang dan penyenggaraan sebagai faktor penyebab nahas Lion Air yang meragut nyawa kesemua 189 penumpang dan anak kapal, menurut WSJ lagi.

Seorang jurucakap Boeing yang dihubungi tidak mengulas tentang laporan WSJ namun berkata pengeluar pesawat itu sedang terus menawarkan sokongan kepada pihak-pihak penyiasat sedang mereka menyiapkan laporan itu.

Menurut akhbar itu lagi, secara berasingan, para penyiasat dari Amerika Syarikat sedang menyiapkan saranan-saranan keselamatan, termasuk memperkukuh kemahiran juruterbang dalam pengemudian secara manual dan mengetatkan pemeriksaan FAA (Pentadbir Penerbangan Federal)bagi reka bentuk pesawat-pesawat baru.

WSJ melaporkan, pada hujung bulan ini, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat dijangka akan menggesa supaya latihan kokpit juruterbang dan keupayaan anak kapal membuat keputusan diperkukuh. Ia juga dijangka menumpukan kepada perubahan yang mungkin dilakukan ke atas piawaian pesawat-pesawat baru.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan