Skip to main content

Dunia

Kelantan lulus cadangan wujudkan program terapi hutan bagi kesihatan fizikal & mental rakyat

Anggaran Waktu Membaca:
Kelantan lulus cadangan wujudkan program terapi hutan bagi kesihatan fizikal & mental rakyat

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah (kiri) pada perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kelantan di Taman Eko Rimba Jeram Linang di Pasir Puteh pada 8 Mei 2023. (Gambar: BERNAMA)

PASIR PUTEH: Kerajaan Kelantan meluluskan cadangan Jabatan Perhutanan negeri untuk membangunkan Program Terapi Hutan di negeri itu tidak lama lagi.

Menteri Besar Ahmad Yakob berkata Program Terapi Hutan adalah konsep yang dibangunkan melalui penyelidikan untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental manusia dengan melakukan aktiviti kesihatan dalam hutan.

“Bagi mencapai tujuan itu, kerajaan negeri komited untuk menjalankan pemeliharaan dan pemuliharaan dalam usaha mengekalkan lebih 629,880 hektar kawasan hutan simpan kekal di negeri ini.

"Semoga Program Terapi Perhutanan yang dibangunkan kelak dapat menyokong pembangunan kerohanian dan jasmani,” katanya dalam ucapan perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kelantan di Taman Eko Rimba Jeram Linang di Pasir Puteh pada Isnin (8 Mei). 

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita