Kelantan hulur subsidi rumah sewa RM300 kepada mangsa banjir
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Besar negeri tersebut, Ahmad Yakob. (Gambar fail: Bernama)
PASIR MAS: Kerajaan Kelantan menyediakan Subsidi Rumah Sewa sebanyak RM300 (S$90) selama enam bulan kepada mangsa banjir termenung di kawasan yang terkesan akibat Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Menteri Besar Ahmad Yakob berkata setakat ini 58 keluarga sudah dikenal pasti dari Kampung Gual To'Deh, Kampung Tersang dan Kampung Lachang di Rantau Panjang, Pasir Mas, yang bakal menerima manfaat tersebut.
"Pemilihan penerima subsidi ini dilakukan melalui tapisan ketua kampung serta pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Ahli Parlimen berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan.
"Subsidi ini diberi selama enam bulan ketika musim tengkujuh berlaku pada setiap tahun bermula 2023 hingga 2026," katanya kepada para wartawan selepas Majlis Serahan Kunci 10 Rumah 'Home2Live' di Pusat Latihan dan Aktiviti Komuniti Rantau Panjang pada Rabu (26 Apr).
Encik Ahmad berkata subsidi itu bertujuan untuk membolehkan penerima menyewa kediaman lain yang bebas banjir selama enam bulan sebelum kembali ke kediaman masing-masing.
"Kita amat prihatin dengan nasib keluarga yang terlibat banjir akibat projek PLSB dan saya berharap bantuan yang diberikan ini dapat digunakan dengan sebaiknya untuk meringankan beban mereka," katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.