Skip to main content

Dunia

Kelantan catat jumlah tertinggi mangsa banjir

Kelantan kekal mencatat jumlah tertinggi mangsa banjir dengan lebih 11,000 orang setakat Rabu malam (26 Nov), manakala Perak, Kedah, Terengganu dan Perlis turut mencatatkan kenaikan ketara dan Pahang tidak berubah.
Anggaran Waktu Membaca:
Kelantan catat jumlah tertinggi mangsa banjir
Banjir di Malaysia. (Gambar: BERNAMA)
Diterbitkan : 26 Nov 2025 10:13PM
KUALA LUMPUR: Kelantan kekal mencatat jumlah tertinggi mangsa banjir dengan lebih 11,000 orang setakat Rabu malam (26 Nov), manakala Perak, Kedah, Terengganu dan Perlis turut mencatatkan kenaikan ketara dan Pahang tidak berubah.

Di Kelantan, mangsa banjir terus meningkat kepada 11,120 orang daripada 4,188 keluarga berbanding 10,578 orang daripada 4,016 keluarga pada petang Rabu.

Berdasarkan laman Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 66 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sembilan jajahan iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

Laman Infopublic Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Galas di Limau Kasturi kekal melepasi tahap bahaya setakat pukul 8.30 malam.

Seorang wanita warga emas, Siti Gayah Zakaria, 70 tahun, menjadi korban bencana itu selepas dihanyutkan air deras di Kampung Batu Lima, Jalan Jedok, Tanah Merah awal Rabu pagi.

Di Perak, jumlah mangsa banjir terus bertambah kepada 5,424 orang daripada 1,686 keluarga berbanding 4,739 orang daripada 1,469 keluarga pada petang Rabu yang berlindung di 44 PPS.

Lapan daerah terjejas adalah Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Kuala Kangsar, Larut Matang dan Selama, Muallim dan Batang Padang.

Manjung kekal jumlah mangsa tertinggi dengan 1,983 orang daripada 588 keluarga masih ditempatkan di 16 PPS, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak.

Di Kedah, angka penduduk dipindahkan ke PPS meningkat kepada 4,142 orang daripada 1,414 keluarga, berbanding 3,101 orang daripada 1,058 keluarga, petang tadi.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah, kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena itu ditempatkan di 21 PPS.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita