Skip to main content

Dunia

Kelantan catat jumlah kes tertinggi di M'sia terjejas panas melampau

Anggaran Waktu Membaca:
KOTA BHARU: Kelantan menjadi negeri tertinggi yang merekodkan kes kesihatan rakyat terjejas akibat cuaca panas melampau dengan enam kes setakat minggu epidemiologi (ME) ke-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, kes-kes termasuk satu kematian kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun akibat strok haba manakala selebihnya kerana kelesuan dan kekejangan haba.

“Kelantan tertinggi kes diikuti Sarawak (5) dan Sabah (3). Terbaharu, kes di negeri ini membabitkan seorang wanita berusia 34 tahun yang mengalami kelesuan haba.

“Kesemua mereka dirawat di hospital dan dimasukkan drip air bagi memulihkan kesan dehidrasi,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kota Darulnaim, pada Rabu (17 Mei), lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, setakat ini, kerajaan negeri belum membuat apa-apa keputusan berkaitan cadangan proses pembenihan awan ketika cuaca panas ketika ini.

“Keadaan cuaca di Kelantan mencecah sekitar 35 sehingga 38 darjah celsius dan tidak pernah dialami sebelum ini,” katanya, dipetik Sinar Harian.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak sekolah supaya memberi perhatian lebih kepada aktiviti pelajar di luar kelas.

“Begitu juga mereka yang bekerja di lapangan terutama buruh dan pasukan beruniform yang memakai baju tebal supaya berwaspada.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita