Kelantan catat 17 kanak-kanak cedera akibat mercun sejak 25 Mac
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: The Sun)
KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mencatatkan 17 kes kecederaan akibat bermain mercun sejak 25 Mac hingga kini.
Pengarah JKNK Dr Zaini Hussin berkata mangsa yang tercedera adalah golongan kanak-kanak berusia antara 9 hingga 10 tahun.
Beliau berkata 12 daripada mangsa dirawat di hospital akibat kecederaan, manakala lima yang lain mendapat rawatan pesakit luar.
Tambahnya, kecederaan yang dilaporkan kebanyakannya membabitkan melecur di muka, mata dan patah jari tangan.
“JKNK memandang serius peningkatan kes kecederaan akibat bermain mercun di negeri ini.
“Justeru, ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa mengawasi anak-anak mereka agar tidak bermain mercun bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Sumber : Bernama/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.