Kekurangan dana jejas 8.3 juta orang: UNHCR
Hampir 8.3 juta pelarian dan mereka yang kehilangan tempat tinggal di seluruh dunia mungkin tidak lama lagi kehilangan akses kepada bantuan dan tempat perlindungan, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa (29 Sep), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mereka yang melarikan diri daripada keganasan, eksploitasi dan penderaan mungkin akhirnya terjebak dalam perangkap penyeludup dan sindiket pemerdagangan manusia. (Gambar fail: REUTERS)
- UNHCR warned in Geneva on Tuesday that nearly 8.3 million refugees and displaced people worldwide could lose aid and protection.
- The agency has received only 32 per cent of the US$8.5 billion needed this year, as funding fell from US$5.2 billion in 2024 to US$3.9 billion in 2025.
- The funding shortfall is affecting critical systems such as refugee registration, safe shelter and special protection for children.
- UNHCR said this situation could expose those fleeing to violence, exploitation, abuse, smugglers and human trafficking syndicates.
- UNHCR memberi amaran di Geneva pada Selasa bahawa hampir 8.3 juta pelarian dan orang kehilangan tempat tinggal di seluruh dunia mungkin hilang bantuan serta perlindungan.
- Agensi itu hanya menerima 32 peratus daripada AS$8.5 bilion yang diperlukan tahun ini, ketika pembiayaan jatuh daripada AS$5.2 bilion pada 2024 kepada AS$3.9 bilion pada 2025.
- Kekurangan dana menjejaskan sistem penting seperti pendaftaran pelarian, tempat penginapan selamat dan perlindungan khas untuk kanak-kanak.
- UNHCR berkata keadaan ini boleh mendedahkan mereka yang melarikan diri kepada keganasan, eksploitasi, penderaan, penyeludup dan sindiket pemerdagangan manusia.
Daripada AS$8.5 bilion (S$10.86 bilion) yang diperlukan untuk tahun ini, hanya 32 peratus diperoleh, kata Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR).
"Penurunan tahap pembiayaan memberi kesan besar terhadap pelbagai hak yang dinikmati, menurut agensi tersebut.
“Dalam banyak keadaan, kekurangan dana menyebabkan kehilangan perkhidmatan dan sistem penting yang melindungi golongan yang terpaksa melarikan diri daripada keganasan, eksploitasi, pengasingan dan risiko lain,” menurut agensi itu.
Banyak negara mengurangkan sumbangan mereka kepada usaha kemanusiaan sejak 2025. Bagi UNHCR, pembiayaan merosot daripada AS$5.2 bilion (S$6.65 bilion) pada 2024 kepada AS$3.9 bilion (S$4.98 bilion) pada 2025.
Tanpa pembiayaan, pelarian mungkin tidak lagi dapat didaftarkan, tempat penginapan yang selamat tidak dapat disediakan dan perlindungan khas untuk kanak-kanak akan terabai.
Agensi tersebut turut memberi amaran bahawa mereka yang melarikan diri daripada keganasan, eksploitasi dan penderaan mungkin akhirnya terjebak dalam perangkap penyeludup dan sindiket pemerdagangan manusia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.