Skip to main content

Dunia

Kekurangan bekalan telur ayam di M'sia bersifat sementara

Anggaran Waktu Membaca:
Kekurangan bekalan telur ayam di M'sia bersifat sementara

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 25 Sep 2022 03:52PM
KUALA NERUS: Kekurangan bekalan telur ayam di beberapa kawasan di seluruh Malaysia baru-baru ini hanya bersifat sementara dan berjaya diselesaikan dalam waktu yang singkat.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Mohd Yusof berkata masalah teknikal seperti penghantaran lambat dan pesanan tidak dibuat mengikut waktu sepatutnya, dikenal pasti menjadi punca masalah tersebut.

"Memang baru-baru ini ada kekurangan bekalan telur ayam di beberapa kawasan seperti Langkawi, Hulu Terengganu dan Jerantut, tetapi penguat kuasa kita segera turun menyiasat selepas mendapat maklumat.

"Masalah yang berlaku berjaya diselesaikan dengan cepat hasil kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Contohnya, jika aduan kehabisan telur pada sebelah pagi, sebelah petang dah ada bekalan balik, tidak berlaku dalam tempoh yang panjang," katanya

Beliau berkata demikian selepas mneninjau Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) di Seberang Takir di Kuala Nerus pada Ahad (25 Sep) yang turut dihadiri Pengarah KPDNHEP Terengganu Saharuddin Mohd Kia.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita