Kekecewaan terhadap sekatan COVID-19 cetus kekecohan di Guangzhou
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi Berita
BEIJING: Orang ramai di bandar Guangzhou di selatan China merempuh penghadang COVID-19 dan berarak di jalan raya, mencetuskan kekecohan pada Isnin malam (14 Nov).
Demikian menurut beberapa video yang dimuat naik online yang menunjukkan kemarahan orang ramai terhadap sekatan koronavirus itu.
Antara penularan terkini di China, Guangzhou mencatatkan penularan tertinggi dengan jangkitan baru harian COVID-19 mencecah 5,000 buat kali pertama dan mencetuskan spekulasi bahawa penutupan setempat boleh diperluaskan.
Rakaman video tular di Twitter menunjukkan keadaan huru-hara di daerah Haizhu, Guangzhou.
Orang ramai dilihat berarak di jalan raya dan mengadakan bantahan dengan pekerja berpakaian hazmat putih.
Twitter disekat di China dan beberapa garis pagar atau 'hashtag' berhubung topik "rusuhan" di kawasan tersebut dipadamkan daripada platform Weibo pada Selasa pagi (15 Nov).
Pemerintah bandar Guangzhou dan polis wilayah Guangdong tidak menjawab pertanyaan Reuters berhubung kejadian itu.
Pada Selasa (15 Nov), China melaporkan 17,772 jangkitan baru COVID-19 tempatan pada 14 November. Jumlah itu naik daripada 16,072 kes sehari sebelum itu dan tertinggi sejak April.
Keadaan pada Isnin malam di Guangzhou merupakan kekecewaan terbaru terhadap sekatan COVID-19 yang melaksanakan sekatan secara kerap dan tempoh pengasingan dikuatkuasakan di bawah dasar Presiden China, Xi Jinping, yang dikatakan boleh menyelamatkan nyawa.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.