Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS kekal komited kepada Filipina, kata Naib Presiden Kamala Harris

Anggaran Waktu Membaca:
AS kekal komited kepada Filipina, kata Naib Presiden Kamala Harris

(Gambar: AFP/Haiyun Jiang)

Diterbitkan : 21 Nov 2022 03:53PM Dikemas Kini : 21 Nov 2022 04:07PM
MANILA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris menyatakan komitmen negara itu kepada Filipina, Naib dalam rundingan bersama Presiden Filipina Ferdinand Marcos pada Isnin (21 Nov).

Lawatan Cik Harris ke Manila bertujuan untuk menangani pengaruh China serta mengukuhkan hubungan keselamatan dan ekonomi dua hala.

Cik Harris merupakan pegawai tertinggi AS yang melawat Manila sejak Presiden Ferdinand Marcos mengambil alih kuasa pada Jun, menandakan hubungan yang semakin baik antara sekutu lama itu selepas bertahun-tahun hubungan yang tegang di bawah pentadbiran mantan Presiden Rodrigo Duterte, yang cuba menjalin hubungan lebih rapat dengan Beijing.

Beliau juga bertemu dengan rakan sejawatannya Sara Duterte, anak perempuan mantan Presiden yang mana langkah beliau memerangi dadah mencetuskan siasatan antarabangsa terhadap dakwaan pelanggaran hak asasi manusia.

"Kami berdiri bersama anda dalam mempertahankan peraturan dan norma antarabangsa yang berkaitan dengan Laut China Selatan," kata Cik Harris kepada Presiden Marcos dalam rundingan mereka di Istana Presiden di Manila.

"Serangan ke atas angkatan tentera Filipina, kapal awam atau pesawat di Laut China Selatan akan menggerakkan komitmen pertahanan bersama AS... itu adalah komitmen kami yang tidak berbelah bahagi kepada Filipina."

Encik Marcos pula berkata beliau tidak "nampak masa depan bagi Filipina yang tidak melibatkan Amerika Syarikat."

Filipina, adalah antara sekutu pertahanan Amerika yang paling lama terjalin di Asia.

Negara itu mempunyai hubungan yang lama dan rumit bersama Filipina - serta keluarga Marcos. Bapa Encik Marcos merupakan seorang diktator yang memerintah bekas negara jajahan AS itu selama dua dekad dengan sokongan Washington, yang menganggapnya sebagai negara sekutu semasa Perang Dingin.

Hubungan antara kedua-dua negara memburuk di bawah Duterte dan
Washington kini berusaha untuk mengukuhkan hubungan keselamatan bersama Manila di bawah Presiden Marcos.
 
Sumber : AFP/AE/ae

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa