Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kejiranan Muslim ‘Baan Krua’ Bangkok pertahan warisan industri sutera

Keluarga Encik Niphon mengadu ketandusan tukang tenun di kedai suteranya di Bangkok.

Anggaran Waktu Membaca:
Kejiranan Muslim ‘Baan Krua’ Bangkok pertahan warisan industri sutera

Keluarga Encik Niphon mengadu ketandusan tukang tenun di kedai suteranya di Bangkok. (Gambar: Romeo Gacad/AFP)

Diterbitkan : 04 Jun 2019 02:13PM Dikemas Kini : 04 Jun 2019 02:17PM

BANGKOK: Keluarga Encik Niphon mengadu ketandusan tukang tenun di kedai suteranya di Bangkok.

Menurutnya, mereka ialah keluarga tukang tenun Muslim yang terakhir di Baan Krua di Bangkok.

"Ini adalah warisan Muslim... sutera Baan Krua amat terkenal," menurut Encik Niphon Manutha, 71 tahun kepada AFP.

Dengan hanya beberapa tukang tenun yang tinggal di Baan Krua, kemahiran itu semakin lesap.

"Ia amat mengecewakan kerana generasi muda tidak berminat," kata adik perempuan Encik Niphon, Cik Natcha Swanaphoom.

Dengan keadaan bandar yang pesat membangun dan semakin moden di Bangkok tradisi ini terjejas secara tidak langsung.

"Para kakitangan kami semakin tua," kata anak perempuan Encik Niphon, Cik Pattramas, 40 tahun, sambil merungut bahawa kesenian itu semakin "hilang".

"Lima hingga 10 tahun akan datang, saya tidak tahu (sama ada masih ada orang yang akan bekerja di sini), katanya.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan