Kejatuhan ringgit harus dimanfaatkan bagi tarik pelancong SG: Tourism Johor
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Tourism Johor)
JOHOR BAHRU: Kejatuhan nilai ringgit ketika ini perlu digunakan sebaiknya untuk menarik lebih ramai warga Singapura datang ke Johor Bahru untuk berbelanja, dan mengunjungi destinasi pelancongan.
Pengarah Tourism Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim berkata, usaha itu secara tidak langsung akan memberikan kesan positif terhadap sektor pelancongan di negeri tersebut, lapor Sinar Harian.
"Kita perlu jadikan perkara ini (kejatuhan ringgit) sebagai kelebihan dan gunakan keadaan tersebut sebaik mungkin. Kita boleh lakukan lebih banyak promosi di peringkat antarabangsa dan menarik kehadiran pelancong dengan pakej percutian menarik.
"Salah satu sektor yang boleh dipromosi adalah pelancongan kesihatan.
"Ketika ini majoriti pelancong kesihatan yang hadir ke Johor melibatkan warga Indonesia, jadi mungkin kita juga boleh tarik pelancong Singapura dalam sektor ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Central Business District (CBD) Heritage Walk di Legaran Segget di Johor pada Ahad (25 Feb).
Encik Sharil Nizam berkata, terdapat ramai pakar perubatan di hospital Johor yang bertaraf antarabangsa, dan dengan kejatuhan ringgit, pastinya akan menjadi tarikan tambahan kepada mereka mendapatkan rawatan, seperti dinukil laporan Sinar Harian.
Beliau menambah bahawa Tourism Johor akan terus melakukan promosi terhadap warga Singapura bagi memastikan negeri itu tidak hanya menjadi laluan atau destinasi perbelanjaan semata-mata, sebaliknya sebagai satu destinasi pelancongan utama mereka.
Pihaknya juga mempunyai beberapa inisiatif yang akan dilaksanakan bagi menjayakan perkara tersebut.
Jelasnya, inisiatif tersebut antaranya menyediakan pakej tawaran pelancongan menarik yang digemari pelancong dari Singapura.
"Mungkin ada pihak kata warga Singapura hanya menjadikan Johor sebagai hentian atau laluan mereka ke lokasi lain atau hanya berbelanja di sini, namun kita ada inisiatif agar mereka berhenti dan menginap di negeri ini.
"Antaranya melalui usaha pemuliharaan bangunan-bangunan ikonik di negeri ini serta penyusunan jadual pakej percutian yang menarik buat mereka, jadi pelancong yang mengikuti pakej berkenaan akan bermalam di negeri ini," katanya.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.