Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kejam! Kucing dijerut, dibiarkan tergantung pada tingkap

Anggaran Waktu Membaca:
Kejam! Kucing dijerut, dibiarkan tergantung pada tingkap

(Gambar: Persatuan Haiwan Malaysia/Facebook)

SELANGOR: Kes penganiayaan seekor kucing baru-baru ini mencetuskan kemarahan besar dalam kalangan pencinta haiwan di media sosial.

Manakan tidak, kucing terbabit bukan sahaja dijerut di leher dengan menggunakan dawai. Ia bahkan digantung pada bingkai tingkap di tingkat dua sebuah bangunan kediaman.

Menurut mStar, tindakan kejam itu berlaku di Persiaran Intan Hulu Langat, Selangor, dan dilaporkan oleh seorang penduduk yang ternampak bangkai kucing berwarna hitam itu tergantung pada pagi Jumaat (2 Jun).

Bangkai kucing diturunkan oleh seorang penduduk. (Gambar-gambar: Persatuan Haiwan Malaysia/Facebook)

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Arie Dwi Andika, memberitahu mStar, penduduk berkenaan mengesyaki tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut dilakukan oleh seorang penghuni rumah berstatus warga asing.

Ini kerana, warga asing terbabit difahamkan ada menyuarakan rasa tidak senangnya melihat kucing jalanan berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan mereka.

“Satu aduan polis dibuat secara rasmi semalam (4 Jun) pada pukul 1.11 pagi di Balai Polis Batu 9 Cheras, Hulu Langat supaya satu siasatan terperinci terhadap penjenayah berkelas haiwan ini dilakukan menggunapakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 dengan segera,” kata Encik Arie kepada mStar lagi.


Insiden itu menjadi tular di media sosial termasuk Twitter, di mana ramai mengecam tindakan si pelaku.

Ramai lagi turut menggesa agar si pelaku segera ditangkap dan dikenakan balasan setimpal.

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan