Kejadian Pantai Bondi: Pasangan warga emas ditembak mati semasa cuba halang penembak
Anggaran Waktu Membaca:
SYDNEY: Satu rakaman baharu tersiar menunjukkan sepasang suami isteri bersemuka dengan salah seorang lelaki bersenjata dalam kejadian tembakan beramai-ramai di Pantai Bondi sebelum kedua-duanya ditembak mati.
Pasangan Rusia-Yahudi itu dikenal pasti oleh beberapa media Australia sebagai Boris, 69 tahun, dan Sofia Gurman, 61 tahun. Mereka mempunyai seorang anak lelaki berusia lingkungan 30-an tahun.
Video itu dirakam melalui kamera papan pemuka atau 'dashcam' sebuah kereta yang sedang lalu dan dimuat naik ke platform media sosial Xiaohongshu pada Selasa (16 Dis). Lelaki itu dilihat menyerang Sajid Akram ketika dia turun dari sebuah kereta di Campbell Parade dengan memegang selaras senapang.
Apa yang kelihatan seperti bendera ISIS dibentangkan di bahagian cermin hadapan kenderaan tersebut.
Lelaki itu cuba merampas senapang tersebut daripada tangan Akram apabila kedua-duanya terjatuh ke atas jalan raya, dan lelaki tersebut kemudian mengambil senapang itu.
Pasangan tersebut kemudian bersemuka dengan Akram sebelum lelaki itu dilihat rebah di sebelah kereta berkenaan.
“Seorang lelaki warga emas di tepi jalan tidak melarikan diri - sebaliknya dia terus meluru ke arah bahaya itu, menggunakan segala kekuatannya untuk cuba merampas senjata dan bertarung hingga ke saat akhir,” kata pemilik 'dashcam', Jenny, yang berkongsi rakaman itu dengan Reuters.
“Saya dapat melihat daripada kamera saya bahawa lelaki warga emas itu akhirnya ditembak dan rebah. Detik itu benar-benar meluluhkan hati saya,” tambahnya.
Menurut rakaman yang diperoleh oleh media Australia, Sydney Morning Herald, Akram kemudian dapat bangun semula dan menghalakan senjata ke arah pasangan itu, melepaskan sekurang-kurangnya dua das tembakan.
Sydney Morning Herald melaporkan bahawa pasangan tersebut dilihat dalam rakaman dron terbujur kaku bersama-sama dan disahkan meninggal dunia di atas kaki lima.
Kejadian tembakan beramai-ramai di Pantai Bondi pada Ahad oleh Akram, 50 tahun, dan anak lelakinya Naveed Akram, 24 tahun, meragut sekurang-kurangnya 15 nyawa, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.
Ini merupakan kejadian kedua yang dilaporkan melibatkan keberanian orang awam yang cuba menghentikan serangan tembakan tersebut.
Ahmed al Ahmed, 43 tahun, seorang pemilik kedai buah di Sydney, bergelut dan berjaya merampas senapang daripada salah seorang lelaki bersenjata dengan bersembunyi di belakang kereta yang diletakkan di sana, sebelum menyerang dari belakang dan menjatuhkannya ke tanah.
Beliau kini sedang beransur pulih di hospital selepas menjalani pembedahan akibat luka tembakan di lengan dan tangannya.
Perdana Menteri Anthony Albanese pada awal minggu ini memuji tindakan rakyat Australia yang “berlari ke arah bahaya demi membantu orang lain”.
“Rakyat-rakyat Australia ini adalah wira dan keberanian mereka telah menyelamatkan nyawa,” katanya dalam sidang media.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AGENCIES/CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.