Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kejadian bot karam: Cari & menyelamat masuk hari ke-4, kawasan operasi diperluas

Radius operasi SAR kejadian bot karam di Tanjung Balau, Kota Tinggi diperluas.

Anggaran Waktu Membaca:
Kejadian bot karam: Cari & menyelamat masuk hari ke-4, kawasan operasi diperluas

Pemandangan yang dirakam di sekitar pantai Tanjung Balau. (Gambar: BERNAMA)

KOTA TINGGI: Radius operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari keempat bot karam di Tanjung Balau, Kota Tinggi, diperluaskan kepada 76.5 batu nautika persegi untuk aset udara manakala pencarian di laut pula merangkumi 106.02 batu nautika persegi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerusi kenyataan pagi ini (18 Dis) memaklumkan, keseluruhan kawasan pencarian setakat ini adalah seluas 182.5 batu nautika persegi meliputi Tanjung Balau hingga ke Sungai Rengit.

Menurut Maritim Malaysia, pencarian melibatkan dua pesawat udara daripada Maritim Malaysia dan Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia, manakala pencarian di laut pula melibatkan empat aset daripada Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Marin.

“Pencarian di pesisir pantai juga diteruskan dengan keseluruhan anggota penyelamat di darat, udara dan juga laut melibatkan seramai 77 orang,” katanya.

APMM memaklumkan pencarian di laut juga masih berdepan dengan kesukaran berikutan cuaca kurang baik yang berterusan dengan ombak besar setinggi tiga hingga lima meter, sekali gus menghalang jarak penglihatan.

APMM pada masa sama turut menjelaskan tiada penemuan baru direkodkan setakat 8.00 pagi.

Setakat Jumaat, seramai 21 mangsa terkorban manakala 13 lagi selamat dan lebih 16 dikhuatiri masih hilang.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan