Skip to main content

Dunia

Keindahan istiadat berbedak serikan majlis mempelai Diraja Brunei Putera Mateen, Dayang Anisha

Anggaran Waktu Membaca:
Keindahan istiadat berbedak serikan majlis mempelai Diraja Brunei Putera Mateen, Dayang Anisha

Gambar: support.anishaik, Isa-Kalebic's fanpage/Instagram

Diterbitkan : 11 Jan 2024 11:27AM Dikemas Kini : 11 Jan 2024 02:49PM
KUALA LUMPUR: Sama cantik sama padan!

Majlis istiadat berbedak anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah selesai di Istana Nurul Iman, Brunei, dengan penuh adat istiadat, pada Rabu (10 Jan).

Istiadat berbedak merupakan majlis keempat daripada 10 hari, yang dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari lalu.

Majlis dimulakan dengan perarakan 40 pembawa tombok diikuti tembakan meriam 17 das sebagai tanda bermulanya Istiadat Berbedak Pengantin Diraja itu, lapor Astro Awani.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta
Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah merupakan antara keluarga diraja terawal yang memulakan istiadat berbedak itu, menurut Astro Awani.

Majlis itu diadakan selepas majlis bertunang dan hanya dihadiri keluarga terdekat dan diadakan berasingan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita