Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kehadiran pengunjung ke Taman Negara Johor rancakkan ekonomi setempat

Kehadiran pengunjung ke Taman Negara di Johor bukan sahaja dapat merancakkan sektor pelancongan, tetapi dilihat dapat membantu ekonomi penduduk setempat.

Anggaran Waktu Membaca:
Kehadiran pengunjung ke Taman Negara Johor rancakkan ekonomi setempat

(Gambar: The Royal Johor/Facebook)

Diterbitkan : 22 Oct 2021 04:23PM Dikemas Kini : 22 Oct 2021 04:34PM

JOHOR BAHRU: Kehadiran pengunjung ke Taman Negara di Johor bukan sahaja dapat merancakkan sektor pelancongan, tetapi dilihat dapat membantu ekonomi penduduk setempat.

Penaung Diraja Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim berkata Taman Negara di negeri Johor yang kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna adalah destinasi ekopelancongan popular dan menarik.

Menurut beliau, Taman Negara Johor juga menerima ribuan pengunjung kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik dapat dilakukan bersama keluarga, rakan-rakan atau secara berkumpulan.

“Saya menggalakkan orang ramai untuk menikmati keindahan alam semula jadi negeri Johor di Taman-Taman Negara ini. 

“Kedatangan pengunjung bukan sahaja membawa manfaat kepada rakyat, tetapi juga pendapatan kepada PTNJ untuk meneruskan usaha-usaha konservasi alam sekitar,” tulis Tunku Idris menerusi catatan di laman Facebook The Royal Johor hari ini (22 Okt).

Selepas hampir enam bulan ditutup akibat pandemik COVID-19, berita mengenai operasi Taman Negara Johor bermula 1 November ini sememangnya dinantikan orang ramai.

Bagaimanapun, Tunku Idris berharap agar para pengunjung mematuhi syarat-syarat ditetapkan oleh PTNJ dan sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri.

“Pada masa sama, bersama-sama kita menjaga kebersihan dan keindahan Taman-Taman Negara Johor.”

Sumber : Bernama/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan