Kegiatan berbuka puasa kian rancak di Azerbaijian selepas tersenarai sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Anggaran Waktu Membaca:

AZERBAIJIAN: Suasana di pelbagai tempat makan dan masjid semakin rancak apabila Ramadan tiba.
Menjelang waktu Maghrib, masjid di kota Baku itu sibuk membuat persiapan bagi menyambut jemaah berbuka puasa.
Pelbagai restoran dan kafe di ibu negara Azerbaijan tersebut giat membuat persiapan untuk jamuan makan malam.
Ada yang malah menyediakan menu khas untuk berbuka puasa.
Namun air putih dan kurma merupakan bahan utama bagi jamuan yang disajikan.
Pada penghujung tahun 2023, berbuka puasa di bulan Ramadan tersenarai sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO.
Ia hasil usulan bersama yang dikemukakan Azerbaijan beserta Turki, Iran dan Uzbekistan.
Menurut seorang ahli teologi dari Azerbaijan, pengiktirafan UNESCO dapat bantu mendedahkan nilai-nilai budaya Islam kepada lebih ramai orang yang mungkin sebelum ini tidak tahu apa-apa.
Selain menikmati juadah yang terhidang, bagi penduduk Azerbaijan, berbuka puasa merupakan peluang untuk berkumpul bersama ahli keluarga dan orang tersayang.

Sumber : AGENCIES/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.