Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keghairahan pudar dek tangisan, jeritan kanak-kanak dalam penerbangan

Anggaran Waktu Membaca:
Keghairahan pudar dek tangisan, jeritan kanak-kanak dalam penerbangan

(Gambar: Tangkapan skrin video Newsflare/YouTube)

Diterbitkan : 18 Sep 2022 09:27PM Dikemas Kini : 18 Sep 2022 09:30PM

BERITAmediacorp: Dunia kini sudah mendakapi fasa endemik dengan ramai semakin ghairah melakukan perjalanan ke luar negara. 

Namun, di sebalik kegembiraan ini, penerbangan tidak seindah yang diimpikan disebabkan oleh kanak-kanak yang menangis atau terjerit-jerit sepanjang perjalanan.

BERITAmediacorp meninjau reaksi orang ramai menaiki penerbangan setelah fasa baru ini bermula... 

"Kenapa tiada penerbangan khas untuk orang dewasa saja?? Saya rela bayar lebih," luah seorang pengguna TikTok. 

"Saya memakai fon kepala yang berupaya menyekat bunyi bising dan kanak-kanak itu berusia lebih 5 tahun. Mereka duduk di belakang saya dan budak itu tendang kerusi saya, ketika ibunya tidur..."

Luahan wanita itu bagaimanapun mengundang simpati ibu bapa lain yang memahami kesulitan ibu itu yang perlu membawa anaknya menaiki penerbangan. 

"Sebagai seorang wanita yang dahulunya sangat kecewa dengan perkara seperti ini, saya percaya, sebagai seorang ibu, ibu itu sudah cukup tertekan kerana kami TAHU orang lain marah..," kata seorang warga net. 

"Orang lain mungkin tidak tahu!!! Sehinggalah mereka sendiri mengalaminya sebagai ibu bapa..."

Seorang lagi warga net pula berkata, "bayi pun manusia juga dan tidak dapat mengawal perasaan...".

"Pelik bagaimana kita mengharapkan kanak-kanak akan dapat mengawal emosi, sedangkan kalau orang dewasa yang berkelakuan buruk, kita pula yang perlu bersikap memahami..." 

Namun, ada juga yang mengatakan mereka pun berasa kurang selesa jika mengalami perkara seumpama itu. 

"Saya pun selalu bertanya soalan yang sama setiap kali saya menaiki pesawat," kata seorang lagi pengguna TikTok. 

Ada juga yang turut mengongsi pengalaman mereka yang perlu menderita semasa melakukan penerbangan. 

"Saya baru saja mengalaminya semasa melakukan penerbangan selama 13 jam. Sangat teruk," katanya.

"Anda semua seolah-olah tidak pernah merungut tentang kanak-kanak yang menangis, biasalah kalau rasa tidak menyenangkan."

"Kenapa ibu bapa di ruang komen ini begitu tertekan? Apa salahnya jika ingin menaiki dan sanggup membayar tambang penerbangan tanpa kanak-kanak yang terjerit-jerit," ujar seorang warga net. 

"Saya seorang ibu kepada 3 orang anak. Saya tidak merancang untuk menaiki pesawat sehingga anak-anak saya lebih besar kelak."

Dengan perjalanan udara kembali menjadi satu kebiasaan, isu berkenaan mungkin akan terus dibahaskan. 

Bagi anda pula, sanggupkah anda membayar lebih jika ditawarkan penerbangan khas untuk orang dewasa saja? 

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan