Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Keganasan tercetus lagi di Masjid Al-Aqsa

Anggaran Waktu Membaca:
Keganasan tercetus lagi di Masjid Al-Aqsa

(Gambar: AHMAD GHARABLI / AFP)

BAITULMAKDIS: Keganasan tercetus buat kali kedua di Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis pada Rabu (5 Apr).

Polis Israel menyerbu pekarangan masjid itu dalam usaha untuk mengusir para jemaah Palestin. Keganasan itu berlaku tidak sampai sehari selepas Israel memberkas lebih 350 jemaah di dalam masjid tersebut.
Pihak berkuasa Israel bagaimanapun mempertahankan tindakan baru-baru ini, dengan mendakwa berpuluh-puluh anak muda membawa masuk batu serta mercun ke dalam pekarangan masjid dan membalingnya ke arah polis.

Bagaimanapun, Waqf - sebuah pertubuhan Islam dilantik Jordan bagi menguruskan kompleks tersebut - menyatakan polis menyerbu masuk majid sebelum solat selesai didirikan.

Para pegawai masjid berkata bom renjatan dan peluru getah dilepaskan ke arah orang ramai, menyebabkan enam orang cedera.

Ia mencetuskan satu lagi pertempuran antara Israel dengan Gaza, di mana kedua-dua pihak melancarkan serangan roket ke atas satu sama lain.

Para pemimpin dunia meluahkan keprihatinan terhadap pergolakan itu,
yang berlaku semasa bulan suci Ramadan dan Paskah Yahudi.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengecam tindakan polis Israel, sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru perdamaian pada masa ini.

Jurucakap keselamatan negara Rumah Putih John Kirby turut menyuarakan kebimbangan mengenai keganasan di Masjid Al-Aqsa, sambil menekankan betapa mendesaknya bagi rakyat Israel dan Palestin untuk meredakan ketegangan.
 
Sumber : Reuters/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan