Skip to main content

Dunia

Keganasan samseng rumitkan usaha sampaikan bantuan kepada mangsa gempa Haiti

Angka kematian dalam gempa besar yang menggegarkan Haiti pada 14 Ogos meningkat kepada 2,207, kata pihak berkuasa pada Ahad (22 Ogos), edang serangan terhadap konvoi bantuan menyulitkan usaha untuk menyampaikan bantuan kepada para mangsa yang selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
Keganasan samseng rumitkan usaha sampaikan bantuan kepada mangsa gempa Haiti

Agihan barangan asas kepada mangsa terselamat di Les Cayes, Haiti pada 20 Ogos 2021 susuli gempa bumi kuat. (Gambar: AFP/Reginald Louissaint Jr)

Diterbitkan : 23 Aug 2021 11:29AM Dikemas Kini : 23 Aug 2021 11:32AM

PORT-AU-PRINCE: Angka kematian dalam gempa besar yang menggegarkan Haiti pada 14 Ogos meningkat kepada 2,207, kata pihak berkuasa pada Ahad (22 Ogos).

Ini sedang serangan terhadap konvoi bantuan menyulitkan usaha untuk menyampaikan bantuan kepada para mangsa yang selamat.

"Lebih banyak mayat sudah ditemui di selatan," menurut satu kenyataan daripada pejabat perlindungan awam negara itu, sambil menambah bahawa 344 orang masih hilang dan 12,268 disenaraikan sebagai cedera. Jumlah kematian yang dilaporkan sebelum ini adalah 2,189.

Para pekerja mencari dan menyelamat terus menerus menggali runtuhan akibat gempa bumi sekuat 7.2 pada skala Richter, namun harapan untuk mencari mangsa terselamat kian pudar.

Pihak berkuasa Haiti menyatakan hampir 600,000 orang terjejas secara langsung oleh bencana itu dan memerlukan bantuan kemanusiaan segera.

Namun usaha untuk menyampaikan makanan, air dan bekalan perubatan kepada mangsa gempa dirumitkan bukan sahaja oleh kerosakan jalan-jalan raya dan jambatan tetapi juga oleh serangan-serangan ke atas konvoi bantuan oleh kumpulan yang belum diketahui.

"Kami berdepan masalah keselamatan yang semakin meruncing," kata Jerry Chandler, pengarah agensi perlindungan awam Haiti.

Sejak awal bulan Jun, jalan raya sepanjang dua kilometer yang menuju ke semenanjung barat daya dari Port-au-Prince tidak selamat untuk dilalui, di tengah-tengah keganasan samseng di kawasan kejiranan yang sangat miskin di ibu kota tersebut.

"Kami benar-benar berdepan masalah rompakan dan kami sedang bekerjasama dengan polis, yang mengerahkan bantuan tambahan ke selatan," kata Encik Chandler.

Sebahagian kemusnahan terburuk berlaku di kawasan luar bandar yang sukar dikunjungi. Pihak berkuasa Haiti lantas menggunakan helikopter PBB dan lapan pesawat Amerika Syarikat untuk menyampaikan bantuan.

Penghantaran bantuan di Les Cayes, bandar ketiga terbesar di Haiti, rata-rata diancurkan oleh kumpulan atau individu privet yang kurang berpengalaman dan pergaduhan tercetus dalam kalangan mereka yang sedang menunggu bantuan.

"Kami tidak ingin menghampakan semangat orang yang suka membantu," kata Encik Chandler, namun beliau menggesa orang-orang supaya berkomunikasi dengan pejabatnya agar dapat membantu mengatur agihan bantuan yang paling berkesan kepada mereka yang paling memerlukan.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita